Kuatkan Daya Ingatan

July 1st, 2007 by mialley

KUATKAN DAYA INGATAN

  …Assalamualaikum pembuka bicara…

    …Buat tatapan semua kawan…

   …Saya Mia memulakan bicara…

…Dalam Blog yang serba kekurangan…

Ini boleh dikira second post mia…

Macam girl lain jugak, mia suka tulis diari..

Bukan ape, masalah mudah lupa…

Umur baru lewat remaja dah selalu lupa…

Sibuk sangat dengan macam-macam hal…[even selalu tidur]

Walaupun, manusia normal biasanya dapat menyimpan berjuta-juta maklumat…[sorila, biologi subjek yang mia kurang minat. That’s why lupa berapa juta sel sebenarnya]

Pemakanan, persekitaran, tension dan macam-macam hal lagi akan memberi kesan kepada minda kita.

[pemakanan; tubuh manusia hanya menyerap 85% daripada makanan yang dimakan]

Oleh itu, ambil berat apa yang kita makan. Jangan main hentam keromo jer..

Ini beberapa tip yang mia baca daripada majalah, website and also blog-blog saudara-saudara seIslam yang lain.

Artikel ini mia ambil daripada website BicaraMuslim.com

~~Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Di antara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
i)Buah anggur hitam
ii)Madu lebah
iii)Halia
iv)Buah badam
v)Susu
vi)Air zam zam
vii)Kismis
viii)Jus karot & madu
xi)Epal
xii)Kurma
xiii)Ikan tuna
oi)Tempe
o)Air soya

Mia also ada terbaca macam mana nak kurangkan tekanan. Mudah sahaja. Hanya menggunakan pernafasan. insyaAllah berjaya. Amalkan jika rasa mengantuk dalam kelas atau dewan kuliah. Normally kita mengantuk kerana otak kita kekurangan oksigen.

Firstly, tarik nafas dengan bilangan tujuh…

Then, tahan nafas dalam kiraan empat belas..

Lastly, hembus melalui mulut..

Tryla, insyaAllah berkesan…

Seat mia dalam kelas paling depan, depan betul-betul dengan muka lecturer…

Memang powerla kalau mia pun boleh tertidur….

Maybe, ada saudara saudari kita pernah terbaca dalam majalah NUR ‘tip tingkatkan daya ingatan.’ Pusat Sumber IPSAH ada. Bolehla rakan seperjuangan di sini nak baca…

Antara tipnya ialah;

  1. Membaca al Quran [paling sibuk pun, bacalah selembar sehari, insyaALLAH terang hati, tenang jiwa, tajam minda]

  2. Tidur secukupnya [ ada pendapat tidur 8 jam sehari, ada pendapat 3 jam sehari]

  3. Kawal tekanan dengan meditasi[macam yoga la kiranya, memang kena fokus, kosongkan minda. Mia tak pernah cuba]

  4. Ambil multivitamin [mia ambil B complex untuk hilangkan stress]

  5. Bersenam [dapat melancarkan darah]

  6. Sentiasa gembira [sentiasa positif]

  7. Belajar benda baru [supaya kita tidak hanya tertumpu kepada rutin harian yang sama setiap hari]

  8. Main permainan minda [catur, sahiba, sudoku]

  9. Sentiasa suka membaca

  10. Cuba ingat tarikh, nombor telefon kawan-kawan

  11. Jangan lupa berdoa

Allah berfirman dalam kitab al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 186

“ Bahawasanya AKU adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-KU, maka hendaklah mereka memenuhi segala perintah-KU dan hendaklah mereka beriman kepada-KU agar mereka selalu berada di dalam kebenaran. Doa-doa yang dilafazkan itu adalah merupakan ungkapan-ungkapan yang amat disenangi oleh ALLAH SWT. Maka itulah kita mesti terus-menerus berusaha dan berdoa biarpun doa-doa itu belum terlaksana ataupun ditunaikan oleh ALLAH”

Rasanya, agak banyak juga tip dalam post kali ini…

Mia berundur dahulu…

Pesanan mia… ‘perubahan dalam diri lebih baik kerana kekal berbanding perubahan luaran’

Yang buruk datang dari kelemahan mia, dan yang baik datang dari Allah SWT yang Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana…

Amin…

Antara Sabar dan Mengeluh

June 24th, 2007 by mialley

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di

Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain,
maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar
dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang
berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan
dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,: " Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya
bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.